LATAR BELAKANG


Pada awal penubuhan, syarikat ini dikenali sebagai Sukarelawan Pusat Islam(SPI), UUM dan ditubuhkan secara rasminya pada 26 November 2006. Namun, setelah dibuat penjenamaan semula pada tahun 2009, kami dikenali sebagai Facilitator & Training Group(FTG) sehingga kini. Ahli-ahlinya terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UUM. Sehubungan dengan itu, kami telah mengambil inisiatif untuk terus bertapak dan mengorak langkah lebih jauh dengan menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Creative FTG Enterprise. Syarikat ini telah didaftarkan pada 10 Januari 2012. Diterajui sendiri oleh Mantan-mantan FTG yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing dan turut di bantu oleh sekretariat FTG seramai 50 orang serta dipimpin oleh 3 orang Pegawai. Bergiat aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan program sepanjang penubuhan.

Syarikat ini pada awalnya bermula dengan menawarkan khidmat Fasilitator dan Urusetia bagi menjalankan program-program, kursus-kursus motivasi, bengkel didalam kawasan UUM, sekolah-sekolah disekitar Negeri Kedah serta jabatan-jabatan luar. Mempunyai pengalaman selama 6 tahun dalam menganjur dan mengendalikan Kursus Pra-Perkahwinan Islam didalam dan luar kawasan UUM bermula dari tahun 2007 sehingga kini. Selain itu, Creative FTG Enterprise turut berpengalaman dalam mengendalikan majlis-majlis rasmi dan karnival.